Hilangkan Jerawat Dengan Tomato.
Buah tomato mempunyai
pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk
kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan
jerawat.
Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar
sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air
suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.
Hilangkan Jerawat Dengan Daun Teh.
Didihkan daun teh tersebut.
Setelah daun teh itu menjadi lembut, tekapkan ke muka atau bahagian yang
ditumbuhi jerawat.
Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya.
Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat
menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil
daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas
kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat
jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Paling pentig,
usaha ini hendaklah dilakukan secara berterusan.
Hilangkan Jerawat Dengan Kulit Kayu
Manis.
Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya
pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Jika tidak ada
madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke
seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan
paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan ketika
mencuba untuk kali pertama, letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis sedikit
“panas” dan boleh menimbulkan rasa kurang selesa.
Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi.
Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang
ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru dibilas dengan
air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat
dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah.
Hilangkan Jerawat Dengan Putih Telur.
Mula-mula pisahkan kuning telur dengan putih telur. Ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda selama 15 minit.
Mula-mula pisahkan kuning telur dengan putih telur. Ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda selama 15 minit.
Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda
yang seringkali menjadi penyebab tumbuhnya jerawat.
Hilangkan Jerawat Dengan Pucuk Jambu
Batu.
Ambil segenggam pucuk jambu dan keronyokkan/lumatkan
sehingga menjadi seperti “pes”. Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada
muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka. Kemudian basuhlah dengan
air suam.
Hilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan
Beras.
Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dikeringkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam

Hilangkan Jerawat Dengan Kanji Nasi.
Sejukkan sedikit nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.
Sejukkan sedikit nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.
Hilangkan Jerawat Dengan Campuran Putih
Telur, Tepung Jagung Dan Minyak Zaitun.
Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.

Hilangkan Jerawat Dengan Air Kelapa.
Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa.
Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
No comments:
Post a Comment