Hai semua. bertemu kita lagi dalam segmen DAPUR LELAKI MFS. Sorry sebab lama tak post resepi untuk dikongsikan. okey hari ni DAPUR LELAKI nak share resepi yang agak menarik jugak iaitu AYAM PENYEK. Resepi yang amat terkenal terutamanya di Indonesia dan Singapura. JOM CUBA RESEPI AYAM PENYET INI. pasti sedap
Bahan-bahan
1 ekor ayam – potong 4 bahagian
2 keping tauhu – potong tiga segi
1
paket tempe – potong nipis
1
ikat sayur kangkung – dicelur
1
biji timun – dihiris nipis
Bahan
- bahan untuk rebusan ayam:
Bahan
A
50
gm bawang merah*
30
gm bawang putih*
20
gm lengkuas*
10
gm kunyit hidup*
1
sudu teh garam
1
sudu besar gula
500
ml santan
(Bahan
* - bahan dikisar)
Bahan B
150
gm tepung beras*
1
biji telur*
200
ml air rebusan ayam (bahan A)*
10
gm garam*
10
gm gula*
*
Kesemua bahan digaul rata
Cara
Penyediaan:-
1. Potong
ayam kepada 4 bahagian dan cuci bersih.2. Rebus ayam bersama bahan kisar, santan.
3. Kemudian masukkan garam, gula.
4. Masak
sehingga pecah minyak dan kuah bertukar
kepada warna kuning.
5. Angkat dan ketepikan.
6. Bancuh semua bahan tepung (bahan B).
7. Salut ayam yang direbus tadi, tempe dan tauhu.
8. Panaskan minyak dan goreng semua bahan
bersalut sehingga tepung kekuningan dan diangkat.
9. Hidangkan ayam penyet bersama kangkung,
hirisan timun, tempe, tauhu bersalut dan sambal.
* Lebihan tepung boleh dijadikan serdak/kremes
(digoreng) untuk hidangan ayam penyet.
kepada warna kuning.
5. Angkat dan ketepikan.
6. Bancuh semua bahan tepung (bahan B).
7. Salut ayam yang direbus tadi, tempe dan tauhu.
8. Panaskan minyak dan goreng semua bahan
bersalut sehingga tepung kekuningan dan diangkat.
9. Hidangkan ayam penyet bersama kangkung,
hirisan timun, tempe, tauhu bersalut dan sambal.
* Lebihan tepung boleh dijadikan serdak/kremes
(digoreng) untuk hidangan ayam penyet.
Untuk Sambal.
- Sedikit minyak masak
- 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
- 10 biji Cili padi
- 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
- 3 biji Bawang putih, hiris
- 5 biji Tomato, potong 4
- 5 cm Belacan
- 2 sudu Ikan Bilis
- 3 sudu gula merah/secukup rasa
1. Panaskan
minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng
belacan seketika, angkat dan ketepikan.
3. Masukkan
bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata
dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4. Sejukkan
semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5. Masukkan
kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga
separa halus.
6. Masukkan
semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7. Masukkan
gula merah dan gaul rata.
8. Rasa
sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut
citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan
sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
Mungkin agak rumit bagi lelaki-lelaki di luar sana untuk masak resepi Ayam Penyek ni kan.
Tetapi apa salahnya mencuba. kadang-kadang perlu juga kita masak resepi yang susah
sikit. barulah nampak yang kita ini serba boleh.
SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MENJAMU SELERA !!!
No comments:
Post a Comment