Wednesday 5 June 2013

DAPUR LELAKI : RESEPI AYAM PENYEK

Hai semua. bertemu kita lagi dalam segmen DAPUR LELAKI MFS. Sorry sebab lama tak post resepi untuk dikongsikan. okey hari ni DAPUR LELAKI nak share resepi yang agak menarik jugak iaitu AYAM PENYEK. Resepi yang amat terkenal terutamanya di Indonesia dan Singapura. JOM CUBA RESEPI AYAM PENYET INI. pasti sedap




Bahan-bahan

1 ekor ayam – potong 4 bahagian
2 keping tauhu – potong tiga segi

1 paket tempe – potong nipis

1 ikat sayur kangkung – dicelur

1 biji timun – dihiris nipis



Bahan - bahan untuk rebusan ayam:

Bahan A

50 gm bawang merah*

30 gm bawang putih*

20 gm lengkuas*

10 gm kunyit hidup*

1 sudu teh garam

1 sudu besar gula

500 ml santan

(Bahan * - bahan dikisar)

Bahan B

150 gm tepung beras*

1 biji telur*

200 ml air rebusan ayam (bahan A)*

10 gm garam*

10 gm gula*

* Kesemua bahan digaul rata

 
Cara Penyediaan:-
1.  Potong ayam kepada 4 bahagian dan cuci bersih.
2.  Rebus ayam bersama bahan kisar, santan.
3.  Kemudian masukkan garam, gula.

4.  Masak sehingga pecah minyak dan kuah bertukar 
   kepada warna kuning. 

5.  Angkat dan ketepikan.
6.  Bancuh semua bahan tepung (bahan B).
7.  Salut ayam yang direbus tadi, tempe dan tauhu.
8.  Panaskan minyak dan goreng semua bahan 
   bersalut sehingga tepung kekuningan dan diangkat. 

9.  Hidangkan ayam penyet bersama kangkung, 
   hirisan timun, tempe, tauhu bersalut dan sambal. 

*  Lebihan tepung boleh dijadikan serdak/kremes
   (digoreng) untuk hidangan ayam penyet.

Untuk Sambal.

  • Sedikit minyak masak
  • 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa

1.  Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.

2.  Goreng belacan seketika, angkat dan ketepikan.

3.  Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.

4.  Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.

5.  Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.

6.  Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.

7.  Masukkan gula merah dan gaul rata.

8.  Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Mungkin agak rumit bagi lelaki-lelaki di luar sana untuk masak resepi Ayam Penyek ni kan.
Tetapi apa salahnya mencuba. kadang-kadang perlu juga kita masak resepi yang susah
sikit. barulah nampak yang kita ini serba boleh.
SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MENJAMU SELERA !!!   

No comments:

Post a Comment