Friday 10 May 2013

DAPUR LELAKI : KETAM MASAK LEMAK

HAI HAI HAI

Apa khabar lelaki-lelaki di luar sana. bertemu kita di dalam rancangan DAPUR LELAKI. dah macam rancangan kat tv pulakkan. okey lah, sebagai permulaan, MEN FOR STYLE akan memperkenalkan segmen masakan di dalam blog ni. nama segmen ini adalah DAPUR LELAKI. dalam segmen ini, lelaki-lelaki di luar sana akan di ajar resepi-resepi mudah dan sedap untuk anda pelajari dan cuba untuk masak di rumah. apa salahnya sekali sekala kita masak di rumahkan. jimat sedikit wang dan boleh juga kita mengajak kawan-kawan kita makan di rumah kita.

okey lah, pada kali ini DAPUR LELAKI ingin mengajar anda resepi KETAM MASAK LEMAK. resepi yang simple dan mudah untuk dimasak. jom tengok resepi dan cara-cara untuk memasak.


Bahan-bahan ( 2-3 org )

  • 3 ekor ketam
  • 2 sudu besar cili kering ( blend dulu)
  • 2 kotak santan ayam brand
  • 5 biji bawang merah
  • 2 hiris lengkuas
  • sedikit serbuk kunyit atau kunyit hidup
  • garam ikut suka

Cara-cara

  1. tumbuk bawang merah, lengkuas n kunyit sehingga lumat. blender pun bleh gak.
  2. masukkan santan yang dicairkan dengan 2 cawan air kedalam periuk.
  3. masukkan cili kering kisar n garam. kacau sedikit. masukkan ketam yang dibelah 2 dan garam
  4. setelah mendidih bolehlah tutup api. jgn mendidih lama sangat coz takut "pecah minyak"

No comments:

Post a Comment